Thursday, October 15, 2009

Undang-undang Islam atau undang-undang Sivil???

Mengenai Kartika yang merupakan seorang model Singapura dijatuhkan hukuman kerana kesalahan minum arak menjadi perbualan hangat di ruang media masa kini. Pelbagai andaian negatif dan positif yang dilemparkan oleh masyarakat mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh undang-undang Islam. Ada mengatakan ianya satu hukuman yang kejam tetapi bila dilihat kembali antara hukuman sebat di dalam Islam adalah jauh lebih baik daripada hukuman sivil yang kelihatan agak berat dan menyeksakan.

Hukuman sebatan yang dikenakan kepada bersalah mengikut hukuman Islam ialah merotan sebanyak 80 kali.Rotan tersebut panjangnya hendaklah tidak melebihi 1.22 meter. Tebalnya tidak boleh melebihi 1.25 sentimeter. Ini berbeza berbanding rotan sebatan sivil yang tebal dan keras. Tatacara jurusebat pula ialah menyebat dengan kekuatan sederhana dan tangan dihayun tidak melebihi kepala.

Manakala soal pemakaian dan posisi pesalah pula mengikut undang-undang Islam, pemakaian pesalah hendaklah dijaga dan perlu menutup aurat manakala posisi pesalah lelaki hendaklah dalam keadaan berdiri ketika disebat, perempuan pula disebat dalam keadaan duduk. Jauh berbeza dengan hukuman sivil yang membogelkan pesalah dan hanya dipakaikan cawat semasa sebatan dikenakan. Pukulan yang dikenakan juga menyebabkan pesalah menangung kesakitan yang amat sangat dan menyebabkan kecederaan.

Walaupun hukuman sivil terlalu berat namun jika kita melihat pada situasi sekarang kes-kes seperti berzina,minum arak, riba dan rasuah tidak pernah berkuragan malah semakin meningkat dari semasa ke semasa tetapi undang-undang ISlam yang dilaksanakan pada zaman nabi dahulu memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat kerana masyarakat ketika itu berasa takut hendak melakukan kesalahan.

Undang-undang Islam merupakan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah dan ia amat bersesuaian kepada hambanya dan tidak membebankan kepada hambanya. Wajarlah undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya agar keadilan rakyat dapat dibela dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang tenang dan harmoni.

3 Comments:

  1. -oUrFiKr- said...
    undang-undang Islam memang sesuai
    -oUrFiKr- said...
    undang-undang Islam memang lebih relevan dan bersesuaian dengan segenap masyarakat. Ini kerana ia merupakan ketetapan dari wahyu Allah. Maka tidak dapat dinafikan bahawa ketetapan Allah adalah yang paling baik untuk hambanya..wallahu a'lam
    Shahriza said...
    Assalamualaikum...
    undang2 islam lebih afdal di sisi Allah kerana undang-undang sivil lebih menjurus kepada pemikiran manusia semata-mata dan tidak menjadikan Allah sebagai penaung tertinggi.

Post a Comment