Saturday, October 10, 2009

Moral pelajar IPT semakin membimbangkan

Gejala yang tidak bermoral seperti berkhalwat,berzina,murtad dan sebagainya sering berlaku kepada anak-anak muda kita terutama dikalangan pelajar IPT. Pelbagai tidakan yang di ambil oleh pihak berkuasa namun tiada tanda ia akan berkurangan malah remaja sekarang semakin berani dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka.

Stiap bulan ada sahaja kes yang direkodkn mengenai khalwat dan zina yang dilakukan oleh mahasiswa di kawasan seperti taman rekreasi, perumahan sewa dan hotel. Walaupun mereka merupakan pelajar yang terpilih dan mempunyai ilmu yang tinggi namun masih tidak dapat membezakan antara yang baik dan tidak. Mungkin ini disebabkan kurang ilmu agama dan tiada pengawasan daripada kedua ibu bapa. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja dengan alasan untuk mencari hiburan atau melepaskan tekanan belajar. Begitu juga dengan kes pelajar murtad. Mereka berani mengemukakan kehendak mereka memeluk agama lain tanpa memikirkan risiko yang akan berlaku.

Akibat daripada gejala seperti khalwat dan zina akan mendatangkan masalah lain seperti pengabaian pelajaran, kes pembuanga anak dan mengugurkan kandungan. Begitu juga dengan isu murtad.Isu murtad juga semakin meningkat dikalangan pelajar IPT. ini kerana tiada pendedahan yang mendalam mengenai agama daripada ibu bapa sendiri semasa mereka di rumah dan mereka mengambil tindakan keluar dari Islam untuk bebas daripada undang-undang Islam dan mengatakan Islam susah kerana tiada kebebasan dan ada yang menganggap Allah tidak memberikan perhatian kepadanya menyebabkan ia mencari 'tuhan' lain.

Peranan semua pihak perlu di ambil untuk mengikis perbuatan yang tidak bermoral ini. Hukuman berat perlu diberi kepada mereka yang terlibat. Sesi kaunseling secara berkala juga perlu di beri agar mereka tidak mengulangi perbuatan terkutuk tersebut.

1 Comment:

  1. liyana said...
    salam..gejala tak bermoral ini amat merisaukan kerana ia melibatkan anak-anak muda khususnya penuntut islam di IPT.jika begini keadaannya,maka ia akan memberi kesan kepada masa depan negara dan yang paling penting terhadap agama itu sendiri..semua pihak ada peranannya masing-masing untuk menangani masalah ini.

Post a Comment